Tuesday, 9 October 2012

Resepi Hari Ini - Sambal Jantung Pisang



Hye semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara - cara masak lauk sambal jantung pisang.. selalunya saya makan jantung pisang yang telah di rebus dengan sambal belacan,perrrrrgghhhh memang sedap tauuuu,hehe.. Saya nak cuba masak jantung pisang yang xpernah saya buat,so tadi saya cuba la buat resepi yang saya dapat dari kenalan saya ni.. Memang sedaaaaapp.. Cuba la ye :)

 

Bahan-bahannya :

1 biji jantung pisang

10 ekor udang sederhana besar

4 biji bawang merah

2 helai daun limau purut

3 biji cili merah

3 biji limau kasturi (ikut selera masing2)

sambal belacan (ikut selera masing2 )

200ml santan

gula (sedikit sahaja)

Garam secukup rasa

 

Cara memasak:

1. Rebus jantung pisang sehingga lembut terlebih dahulu.

2. Kemudian masak santan bersama udang, sambal belacan, gula dan garam secukup rasa dan biarkan hingga mendidih.

3. Kacau perlahan-lahan dan tutup apinya apabila udang bertukar warna. Ketepikan.

4. Satukan bawang dan cili yang telah dihiris bersama hirisan jantung pisang. Gaulkan rata.

5. Campurkan bahan yang telah dihiris tadi bersama dengan santan yang telah dimasak bersama bahan yang lain.

6. Siap untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama nasi putih.

 

Selamat mencuba  ^_~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...